
ULTRA MEDIC RIDER
Pelan yang membantu anda melindungi kesihatan.
Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa inginkan. Namun begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk. Ultra Medic Rider direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada kesihatan. Dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang perlindungan perubatan.
Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.
“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.”
“Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”
- The Star, 14 Mac 2009.
Pelan Untuk Kesihatan Anda
Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.
MANFAAT UTAMA
Mula tambahkan simpanan anda
Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

* Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%
Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
-
Manfaat Matang
Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta


PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF
-
Manfaat Kematian
-
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
-
Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
-
Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
-
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
-
Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
-
Manfaat Badal Haji
-
Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
-
Elaun Haji dan Umrah*
-
Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
-
Manfaat Ihsar*
-
Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
-
Elaun Penjagaan Anak*
-
Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
* Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

JADUAL MANFAAT
NOTA PENTING
Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.
walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.
Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.
Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.
Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.
Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.
Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).
Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.