KARISMA
Mulakan Perlindungan dan Simpanan Anda untuk Persedian Hari Esok
Saat-saat bahagia yang dilalui bersama sememangnya indah. Oleh itu, untuk mengekalkannya adalah penting untuk anda menyediakan perlindungan bagi diri dan juga keluarga tersayang daripada situasi tidak diduga. Persedian tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya anda mempunyai simpanan yang teratur. Dengan pelan persediaan dan perlindungan yang teratur, anda bukan sahaja memberi jaminan masa depan untuk keluarga tersayang, malah turut melindungi mereka sekalipun anda telah tiada.
"Rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya. Malah, mereka tidak bersedia akan kepincangan kewangan sekiranya kehilangan pekerjaan atau diberhentikan. Menurut tinjauan terkini oleh Citi's Financial Quotient (Fin-Q) 2008, 12% daripada rakyat Malaysia memberitahu bahawa mereka tidak langsung menabung. Sekiranya seseorang kehilangan perkerjaan, tetapi dengan perbelanjaan tetap berterusan, seorang daripada lima responden menyatakan bahawa simpanan mereka hanya mampu bertahan selama empat minggu. Secara purata, rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai peruntukan simpanan untuk 11 minggu"*
*Sumber: The Star, 19 February 2009
Perlindungan Menyeluruh dengan Manfaat Jangka Panjang
Karisma ialah pelan Takaful yang menyediakan perlindungan dan simpanan. Ia juga memberikan anda Pembayaran Tunai sehingga 10% daripada jumlah Asas Dilindungi yang akan dibayar setiap dua (2) tahun sepanjang tempoh pelan. Dengan perlindungan fleksibel untuk Peserta dan Orang Dilindungi, anda boleh memilih tempot perlindungan untuk 20 atau 30 tahun.

MANFAAT UTAMA


RIDER UNTUK ORANG DILINDUNGI


RIDER UNTUK PESERTA

CIRI-CIRI UTAMA


ASAS KONTRAK
Pelan ini adalah berasaskan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju untuk menyumbang (menderma) jumlah tertentu ke dalam Dana Risiko Pelaburan (DRP)/Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain di saat memerlukan.
Pelan ini juga mengaplikasikan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad bagi mewakili pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan DRP (Tabarru') dan DPP. Bakinya akan diserapkan ke DRP dan DPP.

Lebihan dalam DRP akan dibahagikan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%) sebagai Fi Prestasi.
Keuntungan pelaburan dari DPP akan dibahgiakan di antara Anda (90%) dan Etiqa (10%) sebagai Fi Insentif.
NOTA PENTING
Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.
walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.
Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.
Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.
Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.
Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.
Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).
Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.