ELITE TAKAFULINK
Perlindungan yang memberikan anda masa untuk bersamakeluarga anda dan simpanan untuk masa depan mereka.
Elite Takafulink membolehkan anda mengumpul simpanan sambil menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama memastikan mereka sentiasa dilindungi. Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda. Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK) dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.
Kini anda boleh melindungi keluarga anda, meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah bersama yang tersayang.
Asas Kontrak
Pelan ini berasaskan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Etiqa Takaful Berhad sebagai Pengendali Takaful bagi mewakili Pihak Peserta untuk membuat pelaburan dan menguruskan Dana Pelaburan Peserta dan Dana Tabarru'. Sumbangan yang dibayar bagi pelan ini akan diperuntukkan ke dalam Dana Pelaburan Peserta selepas potongan fi Wakalah, iaitu fi pendahuluan yang dipotong daripada sumbangan yang dibayar. Sumbangan yang diperuntukkan akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana yang anda pilih.
Pelan ini juga berdasarkan konsep Tabarru', di mana Peserta bersetuju menyumbang atau menderma jumlah tertentu ke dalam Dana Tabarru' bagi tujuan membantu antara satu sama lain pada saat yang memerlukan. Caj Tabarru' akan dipotong secara bulanan daripada DPP dan disalurkan ke Dana Tabarru'. Jika Dana Tabarru' tidak mencukupi untuk membayar manfaat takaful, Pengendali akan menampung kekurangan itu dengan memberi pinjaman tanpa faedah (Qard Hasan) dan amaun ini akan dibayar semula kepada Pengendali Takaful tanpa sebarang faedah daripada lebihan Dana Tabarru'. Kami berhak menerima 50% daripada lebihan penguderaitan bersih yang diagihkan untuk tahun kewangan itu daripada Dana Tabarru' sebagai Fi Prestasi kerana bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguruskan Dana Tabarru'. Baki 50% daripada lebihan akan diagihkan kepada Peserta.

MANFAAT UTAMA
Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal
Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Dilindungi, Jumlah Asas Dilindungi berserta Jumlah Nilai Dana (termasuk lebihan) ditolak sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun pada hari lahir berikutnya), Jumlah Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlah Nilai Dana. Sekiranya Jumlah Asas Dilindungi yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka bakinya akan dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama dibuat tertakluk kepada had maksimum Pengendali Takaful bagi setiap had individu.
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah Agregat Dilindungi jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah Agregat Dilindungi melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut:

Had ini hanya terpakai untuk pembayaran Jumlah Dilindungi dan tidak menjelaskan apa-apa pembayaran Nilai Dana.
-
Bonus Kesetiaan
Ganjaran sebanyak 6% daripada Jumlah Nilai Dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberi kepada anda pada hujung tahun Sijil yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.
-
Tempoh Peruntukan Tidak Luput
Kami menawarkan Tempoh Peruntukan Tidak Luput dalam tiga (3) tahun Sijil pertama untuk memastikan status Sijil tetap berkuat kuasa walaupun Jumlah Nilai Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat sumbangan dibayar tepat pada masanya tanpa Cuti Sumbangan dan tiada pengeluaran dari Jumlah Nilai Dana dibuat dalam tempoh tersebut.

FLEKSIBILITI DAN KAWALAN PELAN ANDA
-
Pilihan Pengeluaran
Anda boleh membuat pengeluaran daripada Nilai Dana anda pada bila-bila masa, tertakluk pada pengeluaran minimum sekali sebanyak RM500 dengan baki danan sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
-
Cuti Sumbangan
Anda boleh memilih untuk menghentikan pembayaran sumbangan tetap sementara waktu atau mengikut tempoh tertentu, dengan syarat pelan tersebut mempunyai Nilai Dana yang mencukupi bagi Caj Tabarru' bulanan dan Fi-fi Sijil dalam tempoh tersebut.
-
Pilihan Tambah Nilai
Bagi memaksimumkan potensi pelaburan anda, deposit tambahan boleh dibuat melalui kemudahan tambah nilai pelaburan pada bila-bila masa. Anda boleh meningkatkan tahap pelaburan dengan sumbangan tambah nilai minimum sebanyak RM500.00. 95% daripada sumbangan tambah nilai ini akan dilaburkan ke dalam dana.
-
Fleksibiliti untuk Mengubah Jumlah Dilindungi dan Jumlah Sumbangan
Anda boleh memilih untuk mempelbagaikan Jumlah Dilindungi atau Sumbangan Tetap mengikut keperluan anda pada peringkat hidup yang berbeza. Pilihan ini boleh dilakukan pada tarikh ulang tahun Sijil anda.
Anda boleh memilih untuk menambah jumlah Dilindungi pada tarikh ulang tahun Sijil anda sehingga ke had maksimum yang dibenarkan sebelum ulang tahun Sijil yang paling hampir dengan umur enam puluh lima (65) tahun lahir yang berikutnya dan tertakluk pada pengunderaitan. Anda juga boleh mengurangkan Jumlah Dilindungi dengan syarat ia tidak kurang daripada amaun minimum atau mengurangkan Jumlah Dilindungi adalah RM5,000, dalam gandaan RM1,000 dan tertakluk kepada Jumlah Dilindungi minimum sebanyak RM5,000.
Anda juga boleh mempunyai flesibiliti untuk menambah atau mengurangkan Sumbangan Tetap pada ulang tahun Sijil anda. Sekirannya anda memilih untuk menambah Sumbangan Tetap anda, jumlah minimum yang dibenarkan adalah RM50, untuk semua bentuk pembayaran. Sekiranya anda memilih untuk mengurangkan sumbangan anda, sumbangan tahunan yang dikurangkan tidak boleh kurang daripada sumbangan minimum, iaitu RM1,200.
-
Manfaat Matang
Selepas tamat tempoh memegang Sijil oleh Orang Dilindungi yang masih hidup, Jumlah Nilai Dana akan dibayar selepas ditolak segala hutang.
-
Manfaat Penyerahan
Anda boleh menyerahkan Sijil anda pada bila-bila masa. Pembayaran nilai unit yang dibatalkan, iaitu Nilai Dana yang ditentukan pada tarikh penilaian berikutnya pada masa serahan, akan dibuat selepas penyerahan Sijil tersebut.
-
Kelayakan
DANA ETIQA
Anda boleh memilih untuk melabur sama ada dalam satu (1) dana dengan peruntukan 100% atau kombinasi dana-dana seperti berikutnya:

NOTA PENTING
Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.
walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.
Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.
Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.
Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.
Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.
Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).
Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.
Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.