top of page

INTELEK

 

Menjanjikan Masa Hadapan yang Lebih Cerah untuk Anak-Anak Anda

 

Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak mencukupi

Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. Dalam masa 10 tahun, kos pengajian di peringkat universiti selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM72,000.00 di Malaysia*, RM250,000.00 di Australia mahupun RM400,000.00 di UK**. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan. Oleh itu, amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.

Sumber-sumber:
*Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009

MENJAMIN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ANDA DI PERINGKAT LEBIH TINGGI

 

Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan. Tambahan lagi, Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.

Ganjaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 

  1. Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum anak anda menduduki peperiksaan.

  2. Manfaat tersebut adalah sekali untuk setiap individu.

  3. Bilangan gred A yang diambilkira adalah untuk mata pelajaran utama sahaja (Gred A dan A+ sahaja).

  4. Manfaat tersebut tertakluk kepada perubahan kepada Struktur Sukatan Pelajaran Malaysia.

  5. Etiqa Takaful Berhad berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat manfaat pada masa hadapan.

 

Anda juga boleh mengeluarkan sehingga 80% daripada jumlah simpanan di dalam akaun anda bagi menampung sebarang perbelanjaan kecemasan. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan, kami akan membayar sumbangan bagi pihak anda. Keluarga anda akan berasa tenang apabila menyedari bahawa pendidikan anak-anak pada masa depan terjamin.

CIRI-CIRI PELAN

 

Prinsipal pelaburan anda mengikut kaedah Takaful - Pelan yang menepati Shariah di mana peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dengan membuat sumbangan secara Tabbaru' (derma) ke dalam dana Takaful Keluarga. Sebagai pengurus kepada dana ini (mengikut konsep Wakalah), kami bertanggungjawab untuk memastikan ia berada di kedudukan yang baik demi pulangan dan manfaat yang berpatutan; serta membuat bayaran tepat pada masa-masa yang diperlukan oleh Perserta.

 

Sebagai wakil, Etiqa Takaful Berhad berhak menerima yuran Wakalah sebagai caj perkhidmatan. Yuran ini ditanggung oleh Perserta yang ditolak daripada bayaran sumbangan. Yuran sebenar bergantung kepada tahun Sijil dan terma sumbangan yang dipilih. Sijil rujuk kepada Ilustrasi Jualan untuk maklumat lanjut.

 

Sekirannya terdapat lebihan sumbangan yang boleh diagihkan pada akhir tahun kewangan, ia akan berkongsi 50:50 di antara Peserta dan EtiqaTakaful Berhad. Jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun/dana berbeza dan dibayar apabila Sijil ini tamat. Peserta tidak layak menerima lebihan tersebut jika dia telah membuat tuntutan di bawah Sijil ini pada tahun kewangan berkaitan. Sekirannya lebihan yang perlu dibayar kurang daripada RM10.00, maka lebihan tersebut akan didermakan kepada tabung kebajikan sebagai Amal Jariah (kebajikan) bagi pihak Peserta.

CIRI-CIRI UTAMA

TAMBAH NILAI PELAN ANDA

 

Sekiranya anda ingin menambah nilai Prisma dengan lebih perlindungan dan kelonggaran, hanya pilih antara riders berikut:

NOTA PENTING

 

Sekiranya Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun (1) dari tarikh sijil dikleuarkan atau sebarang pengembalian semula Sijil, Etiqa Takaful Berhad akan memulangkan jumlah sumbangan yang telah dibayar.

 

walau bagaimanapun, Orang Dilindungi hanya berhak ke atas 60% daripada Jumlah Perlindungan sekiranya dia membunuh diri semasa waras selepas setahun (1) dari tarikh sijil dikeluarkan atau sebarang tarikh pengembalian semula Sijil.

 

Etiqa Takaful Berhad tidak akan melindungi sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh peperangan, kesalah undang-undang oleh Orang Dilindungi atau penglibatan di dalam sukan berbahaya.

 

Peserta akan diberi tempoh tangguh sehingga tiga puluh satu (31) hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat. Namun begitu, sekiranya sumbangan tidak dibayar selepas tempoh tangguh berakhir, Sijil akan dilanjutkan di bawah Sumbangan Automatik (ACF). Sijil akan ditamatkan sekiranya jumlah di dalam Dana Pelaburan Peserta digunakan sepenuhnya oleh ACF.

 

Sijil ini melayakkan Peserta mendapat pengecualian cukai tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Risalah ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh diambilkira sebagai kontak atau undangan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

 

Anda perlu memahami Pelan ini dengan baik bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda sebaik-baiknya dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini mengikut kemampuan anda.

 

Pada tarikh penamatan, matang atau tamat tempoh Sijil, semua manfaat di bawah Pelan ini akan luput. Prestasi pelaburan Dana adalah berdasarkan prestasi sebenar dan ianya tidak dijamin.

 

Anda boleh menilai kesesuaian Pelan dan membatalkan penyertaan anda dalam masa lima belas (15) hari dari tarikh penghataran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan).

 

Manfaat dan/atau pulangan pelaburan di bawah Pelan ini adalah mengikut prestasi Dana dan tidak dijamin. Risiko Dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan manfaat yang dinikmati mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dibuat kepada Dana Pelaburan Peserta.

 

Sila pastikan bahawa anda merujuk kepada Ilustrasi Jualan berkaitan Sijil yang disediakan untuk anda oleh Etiqa Takaful Berhad.

 

 

 

bottom of page